KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan wanita negara S. Kisona memasang hasrat untuk berada dalam kelompok 20 terbaik dunia tahun ini.
Pemain berusia 24 tahun itu optimis mampu mengejar kedudukan itu melihat kepada corak latihannya yang disifatkan solid bersama jurulatih baharu Mohd Zakry Abdul Latif dan rakan pasukan yang kebanyakannya lelaki.
Atlet kelahiran Negeri Sembilan itu berkata beliau juga kini lebih bersemangat memburu kedudukan tersebut selepas menerima tajaan sebanyak RM100,000 daripada syarikat pemaju hartanah Matrix Concept Holdings Bhd, semalam.
"Ia satu harapan baharu dalam perjalanan karier (profesional) saya sekarang. Saya mempunyai sasaran untuk mendapatkan keputusan yang bagus.
"Sudah tentu ia mencabar kerana pada tahun lepas, corak permainan saya berbanding pemain negara yang lain ketinggalan jauh," katanya selepas majlis penyerahan tajaan daripada Matrix Concepts di Akademi Badminton Malaysia (ABM), di sini semalam.
Kisona yang kini berada di ranking ke-48 dunia berkata, beliau akan berusaha keras untuk mengejar kedudukan tersebut.
Pada Disember lepas, Kisona membuat keputusan keluar daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk memberi tumpuan kepada proses pemulihan di bahagian kakinya selain memerlukan masa lebih fleksibel bagi meneruskan kerjaya dalam badminton.
Beliau dijadual menyertai kejohanan pertamanya musim ini di Terbuka Switzerland pada hujung bulan ini dan akan berdepan pemain Indonesia, Putri Kusuma Wardani pada pusingan kelayakan.
Terdahulu, majlis tajaan itu turut dihadiri Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 13 2023
Kisona (dua, kiri) hadir pada majlis penyerahan tajaan daripada Matrix Concepts di Akademi Badminton Malaysia, Kuala Lumpur, 13 Mac 2023. - Foto Facebook BAM
Guna MRE, TH perkemas sistem pengurusan makanan
TH memutuskan untuk memperkemaskan sistem pengurusan makanan untuk jemaah semasa Masyair dengan memilih mengedarkan sajian pek makanan sedia dimakan, MRE disebabkan beberapa kelebihan MRE itu sendiri di mana antaranya berupaya mengurangkan bebanan ditanggung penyedia makanan serta tukang masak.
China pertahan latihan ketenteraan di sekitar Taiwan
China sebelum ini mendakwa Taiwan adalah sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan menggelar Lai sebagai 'pemisah berbahaya' yang akan membawa 'perang dan kemerosotan' ke pulau itu.
Rusia tahan seorang lagi Leftenan Jeneral
Agensi berita TASS yang dikendalikan kerajaan melaporkan Mahkamah tentera pada Rabu memerintahkan Shamarin, dipenjarakan selama dua bulan.
Beberapa penumpang cedera perlu jalani pembedahan tulang belakang
Pengarah Hospital Samitivej Srinakarin, Dr Adinun Kittiratanapaibool berkata masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada pesakit akan lumpuh kekal.
Mahkamah Perlembagaan Thailand terima petisyen pecat Srettha
Barisan hakim mengundi dengan keputusan enam menyokong dan tiga menentang, untuk menerima petisyen berkenaan serta memberi tempoh 15 hari bagi Srettha respons kepada kes itu.
Ribuan berarak, beri penghormatan kepada Ebrahim Raisi
Penghormatan terakhir diberikan kepada Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya yang maut dalam nahas helikopter di barat laut Iran.
Suara Rakyat: Para nelayan harap tidak beri kesan kepada komuniti maritim
Rasionalisasi subsidi yang akan dilaksanakan kerajaan diharap tidak memberi kesan kepada para nelayan.
1 pekerja maut, 2 di ICU selepas terhidu gas beracun di loji rawatan air Singapura
Siasatan awal menunjukkan pekerja asing tersebut telah terhidu hidrogen sulfida, gas yang dihasilkan daripada enap cemar, iaitu sisa daripada proses rawatan air.
Pendidikan TVET, industri halal Malaysia-Hong Kong digiatkan
Hong Kong bersedia berkongsi kepakaran dalam pendidikan teknikal dan vokasional dengan Malaysia.
Tidak timbul isu lewat selesai skolah daif, pelaksanaan ikut giliran dan jadual
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan tidak timbul isu lewat naik taraf sekolah daif kerana ia dilaksanakan mengikut giliran dan jadual ditetapkan kerajaan.
Kisona buru kedudukan 20 terbaik dunia
Kisona optimis dengan corak latihannya yang disifatkan solid bersama jurulatih baharu Mohd Zakry Abdul Latif dan rakan pasukan.
Terbuka Australia: Tze Yong, Kisona giat buat persiapan terakhir
Komitmen dan kesungguhan yang ditampilkan kedua-dua pemain berkenaan, mampu menutup tirai kejohanan musim 2022 dengan penuh bergaya.
Piala Uber: Malaysia atasi Mesir 5-0
SSkuad wanita Malaysia menamatkan cabaran mereka dalam Pusingan Akhir Piala Uber 2022 dengan menewaskan Mesir 5-0, perlawanan terakhir Kumpulan C di Impact Arena di sini, pada Selasa.
Kisona kejutkan bekas pemain nombor satu dunia
Pemain perseorangan wanita negara S. Kisona mencipta kejutan apabila menewaskan bekas pemain nombor satu dunia Saina Nehwal dari India pada pusingan kedua Kejohanan Terbuka Switzerland 2022 di Basel.
BATC: Skuad lelaki benam Singapura 5-0, wanita tempah tiket Piala Uber
Skuad lelaki memulakan kempen Kumpulan B di Pusat Konvensyen Setia City dengan kemenangan 5-0 menentang negara jiran Singapura.
Kejuaraan Dunia: Kisona terkeluar awal
Harapan pemain badminton perseorangan wanita utama negara S. Kisona untuk kembali cemerlang tidak kesampaian.
BAM akan bantu Kisona baiki prestasi diri - Norza
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan terus menyokong pemain perseorangan wanita negara S.Kisona dalam usaha mengembalikan keyakinan diri dan prestasi dirinya.
Kisona akui hilang rentak, tekad bangkit semula
Kisona meminta peminatnya supaya bersabar dan terus memberikan sokongan buatnya untuk kembali bangkit.
'Saya juga manusia', kata Kisona
Pemain itu bertekad mengetepikan kejadian berbaur perkauman dan menumpukan perhatian pada perlawanan pembukaan Piala Uber hari ini.
Komen perkauman suatu yang keterlaluan - BAM
BAM menganggap komen berbaur perkauman yang dilemparkan terhadap pemain perseorangan wanita negara merupakan sesuatu yang keterlaluan.